Tampilkan postingan dengan label Umum. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Umum. Tampilkan semua postingan

Senin, 15 September 2008

5 Calon Yang Akan Masuk Syurga

Berkata Umar Bin Khattab RA, "Seandainya saya tidak takut disebut orang mengetahui yang ghaib, maka saya akan bersaksi bahwa yang 5 (lima) golongan ini akan masuk syurga", yaitu :
1. Orang yang miskin yang banyak tanggungannya.
2. Wanita yang di ridhoi oleh suaminya.
3. Wanita yang menyedekahkan maharnya kepada suaminya.
4. Seseorang yang diridhoi ibu bapaknya.
5. Orang yang bertaubat dari dosa.

Sebagaimana telah sama-sama kita ketahui, jika Umar Bin Khattab adalah salah satu sahabat dekat Rasulullah SAW yang selalu mendampingi beliau dalam berda'wah ataupun dalam setiap peperangan. Umar Bin Khattab memang sering mengetahui perkara yang ghaib, meski beliau tidak mau menerangkan kepada orang banyak karena beliau takut disebut-sebut sebagai orang yang tahu akan masalah yang ghaib. Salah satunya adalah ketika seorang dari kaum munafiq meninggal dunia, maka anaknya menemui Rasulullah SAW untuk mensholatkannya, memberikan baju serta jubah beliau untuk kain kafannya. Ketika ditanya oleh sahabat kenapa Rasululllah SAW memberikan yang demikian, maka Rasulullah SAW berkata "Saya tidak mengharapkan apa-apa dari yang meninggal tersebut, namun saya mengharapkan keturunannya untuk menjadi Islam yang baik". Terbuktilah, ternyata beratus-ratus keturunan dari si Munafik tadi menjadi pemuka-pemuka agama Islam setelah Rasulullah meninggal dunia.

Disaat akan pergi mensholatkan si Munafiq tadi, Rasulullah berpapasan dengan Saydina Umar dan mengajak Umar untuk ikut serta mensholatkannya, namun Umar menolak dan berkata "besar firasatku jika Allah SW akan menurunkan wahyu tentang larangan mensholatkan orang munafiq". Dan ternyata setelah selesai mensholatkan si munafiq tadi, turunlah Firman Allah SWT yang melarang mensholatkan orang munafiq dan mensiarahi kuburannya.

Kembali kita lihat apa yang dikatakan oleh Umar Bin Khattab : Orang miskin yang banyak tanggungannya, maksudnya adalah seseorang yang berjuang keras untuk mencukupi keperluan rumah tangganya dengan jalan yang halal tentu saja. Dia punya banyak anak (katakanlah misalnya 10 orang anak), yang secara tidak langsung dia ini telah menghidupi banyak ummat Islam. Sebagaimana kita ketahui bahwa di akhirat kelak, Rasulullah SAW sangat bangga dengan jumlah ummatnya yang banyak.

Wanita yang di ridhoi oleh suaminya, adalah seorang wanita yang tidak pernah membuat sakit hati suaminya apalagi membuat marah suaminya. Wanita seperti ini memang sudah sangat jarang ditemui, namun jika ada pembaca wanita daripada tulisan ini, berusahalah untuk selalu menyenangkan hati suami dikala suka maupun duka, dan terserah bagaimana caranya. Dan jika yang membaca tulisan ini adalah laki-laki, maka pandai-pandailah untuk berda'wah kepada istri dan keluarga untuk menyampaikan kebenaran agama. Jika seseorang mempunyai suami yang miskin sehingga suaminya masih tetap berhutang mahar kepadanya, maka Wanita yang menyedekahkan maharnya kepada suaminya itu, juga salah satu dari pada yang dimaksud Umar Bin Khattab tadi.
Seseorang yang diridhoi ibu bapaknya, mungkin tidak perlu dibahas terlalu panjang karena Ridho Allah SWT juga terletak pada ridhonya orang tua.

Setidak-tidaknya perbanyaklah mengucapkan Istigfar, dan jadilah orang yang Taubatan Nashuha sebab yang terakhir yang diyakini atau dipersaksikan oleh Umar Bin Khattab RA adalah Orang yang bertaubat dari dosa. Kepada Allah SWT bertobatlah, disamping meninggalkan segala laranganya, perbanyaklah kebaikan, dan sering-seringlah mengucapkan Istigfar. Jika masih punya hutang, bayarlah. Kalau punya kesalahan kepada manusia meminta maaflah.

Moga-moga bermanfaat, Wallohu A'lam

Sumber : http://nasutions.blogspot.com/

Selengkapnya...

Sabtu, 06 September 2008

Tips Individu Berjaya

Oleh : Syamsul Haqq Alazimil Abadi
(munziir@yahoo.com.my)

Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta
itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak
tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah
orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)


Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
- Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang
dibaca dalam perbuatan solat.
- Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
- Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan
menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
- Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
- Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
- Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
- Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:
- Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
- Mengawal diri untuk berbicara.
- Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
- Berdiam ketika perlu.
- Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
- Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara
batil..
- Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
- Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang
dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
- Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio,
surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
- Jiika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan
kesan negatifnya.

Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:
- Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
- Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
- Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
- Membantu secara sukarela tanpa diminta.
- Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau
memalukannya.
- Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan
mengikut situasi.
- Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
- Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
- Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
- Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) .

Teknik perlaksanaan:
- Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
- Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
- Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
- Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku
percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
- Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak
tenggelam di dalam khayalan seks.
- Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
- Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping
berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima:
Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:
- Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan
kehidupan manusia.
- Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan
kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
- Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu
kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Perkara-perkara tuntutan amanah:
- Perkara fardhu dalam agama.
- Penempatan orang-orang Islam.
- Anggota badan.
- Waktu.
- Ilmu.
- Harta.
- Barang titipan.
- Rahsia orang lain.
- Tugas dan jawatan.
- Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam:
Setia pada janji.

Teknik perlaksanaan:
- Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
- Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan
kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak
tepati janji.
- Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu
kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.

Teknik perlaksanaan:
- Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
- Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
- Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
- Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
- Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.

http://jailurrashie d.blogspot. com/
Selengkapnya...

 
Khasanah Islam is proudly powered by  uniQue